Taman Jepun, Pahang.
TAMAN JEPUN, BUKIT TINGGI, PAHANG, MALAYSIA
Kepada anda yang masih belum datang ke Japanese Village ini, anda boleh masukkan tempat ini sebagai salah satu destinasi percutian anda bersama yang tersayang
Kaio Ariizumi, arkitek Jepun telah mengilhamkan taman ini dengan tujuan untuk menarik minat pengunjung yang mencintai kehijauan hutan tropika di tanah tinggi yang dingin dan nyaman.
Japanese Village ini amat mudah untuk di kunjungi. Jika anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui Lebuhraya Karak. Selepas anda melalui Kampung Bukit Tinggi sejauh lima kilometer, anda terus belok masuk ke simpang pertama di sebelah kiri. Jalan untuk ke sini juga agak mencabar. Jadi, anda harus berhati-hati ketika pemanduan.
Sebelum sampai ke kawasan Colmar Tropicale dan Japanese Village, anda akan melalui lorong bayaran dan dikenakan bayaran sebanyak RM12 sekali masuk bagi sebuah kereta. Bayaran ini sebenarnya sangat berbaloi berbanding dengan apa yang akan anda lawati dan perolehi nanti. Harga sekarang tak pasti berapa sama ada masih sama atau mungkin dah berubah
- https://www.youtube.com/channel/UCczxNKTBF5EtXAenl6gvTCw
- https://www.instagram.com/applesunday_1991
- http://www.shopee.com.my/cik_husna
Ulasan