Hutan Hijau / Hutan Lumut ( mossy foresst) pahang.

Hutan Super Hijau / Hutan Lumut ( mossy foresst) pahang


Bukan setakat ada hutan merah sahaja, di Pahang juga terdapat hutan hijau yang hijau-nya sangat hijau atau super hijau!.
Ia sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi.


Ia adalah Hutan Lumut atau dipanggil Mossy Foresst. Terletak di Cameron Highland, hutan cantik dipenuhi lumut luar biasa ini merupakan salah satu hutan tercantik di dunia. Memang amat cantik, namun anda diingatkan sentiasa berwaspada bahawa laluan disini sempit, berlubang dan mempunyai permukaan tanah sangat licin.

ia pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang membabitkan babak Laksamana Hang Tuah (lakonan Datuk M Nasir) bertemu dengan Puteri Gunung Ledang (Datin Seri Tiara Jacquelina) pada tahun 2004.



  • Hutan semula jadi yang lembap, berlumut dan basah sepanjang tahun
  • Bersempadan antara Pahang dan Perak

  • Pendaki sebaik-baiknya memakai kasut getah atau boot

  • Tempoh pendakian dari puncak Gunung Brinchang ke puncak Gunung Irau ialah tiga hingga empat jam

  • Masa sesuai mendaki antara Mac hingga September.


    Https://applesunday1991.blogspot.com

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Taman Jepun, Pahang.

    Hutan merah pahang