Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Hutan Hijau / Hutan Lumut ( mossy foresst) pahang.

Imej
Hutan Super Hijau / Hutan Lumut ( mossy foresst) pahang Bukan setakat ada hutan merah sahaja, di Pahang juga terdapat hutan hijau yang hijau-nya sangat hijau atau super hijau!. Ia sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ia adalah Hutan Lumut atau dipanggil Mossy Foresst. Terletak di Cameron Highland, hutan cantik dipenuhi lumut luar biasa ini merupakan salah satu hutan tercantik di dunia. Memang amat cantik, namun anda diingatkan sentiasa berwaspada bahawa laluan disini sempit, berlubang dan mempunyai permukaan tanah sangat licin. ia pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang membabitkan babak Laksamana Hang Tuah (lakonan Datuk M Nasir) bertemu dengan Puteri Gunung Ledang (Datin Seri Tiara Jacquelina) pada tahun 2004. Hutan semula jadi yang lembap, berlumut dan basah sepanjang tahun Bersempadan antara Pahang dan Perak Pendaki sebaik-baiknya memakai kasut getah atau boot Tempoh pendakian dari puncak Gunung Brinchang ke puncak Gunung Irau ialah tiga hi...

Hutan merah pahang

Imej
Hutan Merah, Jerantut, Pahang Hutan Merah Bukit Buluh atau Red Forest ini terletak di Jerantut, Pahang. Keunikan hutan yang dihuni oleh pokok-pokok berwarna merah semulajadi ini menjadikan ia sebagai hutan yang unik di dunia. Di sini pendakian mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke puncak. Bukit Buluh ini berketinggian sekitar 331 meter di mana bagi peminat sukan ekstrem mendaki Bukit Buluh bukanlah sesuatu yang agak sukar untuk ditawan. Makin tinggi pendakian makin cantik pemandangan yang disajikan. Pada awal perjalanan pendaki perlu menempuhi kawasan ladang kelapa sawit sehinggalah menemui satu kawasan laluan di bawah sebuah pencawang. Kemudiannya pendaki akan mula meninggalkan kawasan terbabit dan memasuki kawasan hutan. Ketika ini, bagi yang tidak biasa mendaki akan mula terasa lelah. Sebelum sampai ke kawasan berbuluh, pendaki akan dihidangkan dengan pemandangan yang agak mengecewakan. Namun setelah berjumpa kawasan berbuluh di mana dari situ boleh tahu, pemandangan yang in...

Taman Jepun, Pahang.

Imej
TAMAN JEPUN, BUKIT TINGGI, PAHANG, MALAYSIA Anda teringin nak pergi jepun? Kini tak perlu jauh2, di malaysia pun ada sebuah perkampingan ala2 jepun untuk anda lawati. Ia terletak di bukit tinggi pahang Bukit Tinggi, Pahang sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk di lawati. Antaranya ialah Japanese Village Japanese Village ini berkonsepkan perkampungan Jepun dan merupakan yang pertama serta satu-satunya wujud di luar negara Jepun iaitu di Malaysia. Jika anda datang melancong ke sini, anda boleh berkunjung ke Japanese Tea House, Botanical Garden, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan juga Ryo Zan Tei Restaurant. Kepada anda yang masih belum datang ke Japanese Village ini, anda boleh masukkan tempat ini sebagai salah satu destinasi percutian anda bersama yang tersayang Kaio Ariizumi, arkitek Jepun telah mengilhamkan taman ini dengan tujuan untuk menarik minat pengunjung yang mencintai kehijauan hutan tropika di tanah tinggi yang dingin dan nyaman. Japanese Village ini am...